Kolej Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada kolej siswa UiTM Cawangan Kelantan,Kampus Machang,berhampiran dengan Dewan Profesional dan Unit Kesihatan UiTM Machang. Merupakan sebuah kolej yang mempunyai jawatankuasa perwakilan kolej yang aktif dan kreatif dari pelbagai kursus dan fakulti di UiTM Machang.
Bilakah tarikh akhir bagi pembayaran yuran penginapan kolej?
Bayaran bagi yuran kolej boleh dibuat apabila bil anda sudah dijana dalam student portal.Namun anda dikehendaki bayar 2 minggu sebelum tamat semester tersebut bagi mengelakkan masalah melihat keputusan akhir semester dan permohonan kolej yang baharu.
Apakah prosedur untuk mendapatkan kunci akses ke bilik kolej?
Kunci bilik akan dapat pada hari pendaftaran, sekiranya berlaku kehilangan anda perlu rujuk ke pihak Pejabat Kolej Tun Abdul Razak yang berada di Kolej Tunku Abdul Rahman.
Adakah terdapat peraturan khusus berkaitan dengan penggunaan dapur atau ruang bersama?
Ya, bagi penggunaan ruang bersama anda perlu menjaga kebersihan bagi pengunaan ruang bersama dan bagi pengunaan Dapur HEP TR anda perlu menempahnya di link yang diberi dalam group Penghuni TR semasa.
Senarai Ruang Bersama di Kolej Tun Abdul Razak: 1. Dapur HEP TR 2.Meja Batu di aras 4 Left dan Right 3.Surau 4.Bilik Gerakan JTK 5.Parking Motosikal
Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil dalam kes kecemasan atau kebakaran?
Keluar dari bilik dengan keadaan yang tenang dan pantas, bagi yang berada di Right anda perlu berkumpul di Aras 4 parking SRK.Manakala bagi yang berada di Left anda perlu berkumpul di HeliPad di Aras 2.
Adakah peraturan berkaitan dengan lawatan dari luar atau tetamu yang berkunjung ke kolej?
Waktu lawatan di kolej adalah terhad sehingga jam 11.00 malam sahaja dan hanya dibenarkan berada dikawasan aras 4 sahaja.Pelawat tidak dibenarkan menaiki ke bilik dan berada di kawasan kolej yang lain.
Bagaimanakah cara untuk melaporkan kerosakan atau masalah dalam bilik kolej?
Penghuni boleh klik pautan pantas yang disediakan di platform Whatsapp atau Instagram rasmi JPKTR, ataupun anda boleh hubungi JPK Kebajikan anda!
Apakah peraturan berkaitan dengan penggunaan alat elektronik atau peralatan di dalam bilik kolej?
Barangan elektrik yang tidak dibenarkan guna di kolej adalah seperti berikut : 1. Periuk elektrik 2. Kipas angin berdiri 3. Pengering rambut 4. Dapur 5. Barangan yang tidak mempunyai label SIRIM.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lesen tempat letak kenderaan atau berbasikal di kampus?
Bagi pelajar yang ingin membawa kenderaan, mereka perlu medaftarkan kenderaan tersebut dengan pihak Polis Bantuan UiTM di sistem UAPS UiTM.
Apakah proses untuk memohon penukaran bilik di kolej kediaman?
Anda boleh merujuk pihak pejabat kolej kediaman secara terus.Sila sertakan dengan surat atau nyatakan masalah anda dengan bilik yang anda sedang diami sekarang.
Apakah tindakan yang dikenakan bagi pelajar yang melanggar peraturan kolej kediaman?
Bagi pelajar yang melanggar peraturan kolej sebagai contohnya membawa barang larangan di kolej kediaman.Barang tersebut akan dirampas dan anda boleh menuntut semula semasa anda membuat clearance kolej.
Jika anda melakukan kesalahan yang besar, anda akan di senarai hitam dari mendiami kolej kediaman lagi.
Bagaimanakah hendak menuntut barang yang telah dirampas oleh pihak kolej kediaman?
Barangan rampasan hanya boleh dituntut selepas anda selesai membuat clearance bagi semester tersebut.Pihak pejabat kolej kediaman akan melupuskan barangan yang tidak dituntut selepas tempoh clearance berlangsung.
STAF RESIDEN KOLEJ
Siapakah mereka?
SRK ataupun Staf Residen Kolej adalah merupakan staf yang berada dikolej jika berlaku sebarang masalah perlu dilaporkan pada mereka.
Jam berapa perlu saya hubungi mereka?
5.01 petang - 7.59 pagi
Selain dari waktu itu anda perlu berhubung terus dengan pihak pejabat kolej.
Pautan pantas bagi aduan dan group rasmi boleh dapatkan di Instagram rasmi JPKTR UiTMCK
Bagaimana hendak hubungi mereka?
Boleh hubungi mereka melalui panggilan telefon ataupun whatsapp no telefon mereka berada didalam group rasmi Kolej TR tahun semasa.
Merupakan sebuah jawatankuasa lelaki yang dilantik dalam kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang yang berkhidmat di Kolej Tun Abdul Razak.